• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Program Korban Perdana Takaful Ikhlas Bhd dan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak ( MAIPk) Kuala Kangsar

Program Korban Perdana Takaful Ikhlas Bhd dan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak ( MAIPk) Kuala Kangsar

Sungai Siput - 26 September 2015 Syarikat Takaful Ikhlas Bhd iaitu sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan insuran takaful dengan kerjasama MAIPk Kuala Kangsar telah mengadakan program Korban Perdana sempena Hari Raya Aidiladha pada 26 September 2015. Program yang berlangsung di Surau Baitur-Rahman, Kg Orang Asli Kenang Baru, Jalong Tinggi, Sungai Siput (U) ini menyaksikan pihak syarikat menyumbangkan sebanyak 18 ekor lembu untuk ibadah korban dan 12 ekor kambing untuk ibadah akikah. Pada majlis yang sama juga, Takaful Ikhlas Bhd turut mengeluarkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 20 April 2015 sebanyak RM30 ribu kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Tuan Haji Wan Rosli Shaharuddin bin Wan Yaacub selaku Ketua Pegawai Komunikasi (Keluarga), Takaful Ikhlas Bhd telah menyerahkan cek bayaran zakat perniagaan kepada Dr Amiruddin bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pihak Surau Baitur-Rahman, Kg Kenang Baru, Jalong Tinggi.juga turut menerima sumbangan sebanyak RM5 ribu daripada pihak syarikat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dato Haji Mohd Zolkafly bin Harun, ADUN Kawasan Lintang, Pegawai Tadbir Agama Daerah, Pegawai Baitulmal Daerah serta warga kerja MAIPk Kuala Kangsar, mubaligh dan pengerak masyarakat orang asli, pelajar-pelajar KUISAS, pelatih-pelatih Pusat Serenti, penuntut UIAM serta penduduk-penduduk kampung yang berdekatan. Daging korban telah diagihkan kepada penduduk Islam di beberapa perkampungan orang asli sekitar kawasan Jalong dan Lintang. Semoga kerjasama yang erat dapat diteruskan dalam bentuk kemasyarakatan antara MAIPk dan pihak korporat pada masa hadapan terutamanya dalam menyantuni asnaf dan golongan yang memerlukan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.