• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Jejak Asnaf Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Modal Di Daerah Selama

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Oleh Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Kuala Kangsar

Ipoh, 15 September 2015, satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kuala Kangsar telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Bangunan Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Pada majlis tersebut Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kuala Kangsar telah diwakili oleh Encik Othman bin Mat Sani selaku Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kuala Kangsar. MAIPk telah diwakili oleh Dr. Amiruddin bin Mohamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang telah menerima cek bayaran zakat tersebut berjumlah RM20,989.63 bagi tahun berakhir 2013 dan 2014. Pengurus Besar Bahagian Zakat, MAIPk. Ustaz Bakri bin Lee dan Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar, Ustaz Suhaimi bin Yusoff turut hadir pada majlis tersebut.

Semoga komitmen dan kesedaran berzakat yang berterusan dari syarikat swasta dapat diteruskan pada masa hadapan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.