• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Diskusi dan Pelantikan Firma Akaun, Audit Swasta, Ejen Percukaian sebagai Amil Khas kepada MAIPk

Majlis Diskusi dan Pelantikan Firma Akaun, Audit Swasta, Ejen Percukaian sebagai Amil Khas kepada MAIPk

Ipoh15 Oktober 2015 - MAIPk melalui Unit Dakwah dan Operasi Zakat telah mengadakan satu Majlis Diskusi yang melibatkan wakil-wakil daripada firma akaun, audit swasta dan ejen percukaian. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Casuarina@Meru, Meru Raya, Ipoh selama separuh hari.

Ia telah dimulakan dengan pembentangan oleh Encik Ariff bin Apandi selaku Pengurus Besar, Bahagian Kewangan MAIPk. Beliau telah menerangkan aspek-aspek perakaunan yang melibatkan taksiran zakat dan cukai korporat. Seterusnya pembentangan kedua disampaikan oleh Encik Khairul Amal Hashim yang juga seorang Amil Profesional MAIPk dan Akauntan Bertauliah. Beliau memberikan testimonial berkenaan Profesion Amil sebagai Suatu cabang Jihad dengan mengatakan bahawa zakat bukan suatu yang membebankan tetapi satu kewajipan yang akan memberikan hikmah yang berterusan kepada pembayarnya. Ini terbukti daripada pengalaman beliau bila mana pembayar zakat perniagaan yang berkembang perniagaannya akibat memenuhi tuntutan kewajipan berzakat.

Pada majlis itu juga, Dr Amiruddin bin Mohamed, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah membentangkan berkenaan pengagihan wang zakat kepada golongan asnaf sebagai suatu iInformasi penting yang harus dikongsi bersama peserta majlis diskusi tersebut. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YABhg Tan Sri Dato Seri (Dr) Hj Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.