MAIPk menerima Anugerah Johan Hadiah Suar Bahasa 2015

Kepala Batas, Pulau Pinang - Pada 19 Oktober 2015 telah berlangsungnya penyampaian Hadiah Suar Bahasa Wilayah Utara 2015 sempena Karnival Bahasa Jiwa Bangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Majlis tersebut diadakan di Mydin Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Ghazali bin Derahman, Timbalan SUK Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pihak MAIPk telah mendapat tempat pertama bagi Kategori Penerbitan. Pihak penganjur menilai buletin yang diterbitkan oleh agensi-agensi kerajaan Wilayah Utara. Kategori lain yang turut dipertandingkan adalah Anugerah Citra Majalah Sekolah, Cerpen Anugerah Citra Majalah Sekolah, Puisi Citra Majalah Sekolah dan Hadiah Suar Bahasa Kategori Bahasa. Turut menerima hadiah bagi agensi kerajaan di Negeri Perak ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak mendapat naib johan bagi Kategori Penerbitan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang mendapat naib johan bagi Kategori Bahasa.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.