Bengkel Retreat Bahagian Khidmat Pengurusan

Pangkor, 2 4 November 2015, Bahagian Khidmat Pengurusan MAIPk telah mengadakan Bengkel Retreat bagi menilai, membincang dan menetapkan sasaran kerja tahunan yang telah dicapai sepanjang tahun 2015. Unit-unit yang terlibat ialah Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Perhubungan Korporat, Unit Teknolog Maklumat, Unit Pembangunan Insan,Unit Perancangan Strategik dan Risiko dan Unit Percetakan. Sesi bengkel telah diketuai oleh Encik Rohizan bin Haji Omar selaku Pengurus Besar, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAIPk. Bengkel tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan input-input dari staf-staf yang terlibat sebagai penambaikan dalam tugas-tugas yang dilaksanakan oleh setiap unit-unit. Semoga bengkel yang diadakan dapat memberikan output yang terbaik dalam memastikan pencapaian setiap unit adalah mencapai sasaran yang ditetapkan.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.