Bengkel Sistem Maklumat Imam dan Masjid ( SISMIM)

BANDAR MELAKA, 17 - 19 November 2015. MAIPk melalui Unit Pembangunan Ummah (UPU) telah mengadakan Bengkel Sistem Maklumat Imam dan Masjid (SISMIM) bertempat di Bayview Hotel, Melaka.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu bertujuan untuk memperkasa dan mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan jawatankuasa masjid dan maklumat senarai masjid-masjid di seluruh negeri Perak. Peserta bengkel terdiri daripada pegawai dan kakitangan Unit Pembangunan Ummah (UPU) MAIPk sebagai urusetia bengkel dan Pegawai Penyelaras Masjid (PPMD) dari seluruh negeri Perak. Sesi bengkel telah diketuai oleh Encik Zul-Azri bin Hosaini selaku Pengurus,Unit Pembangunan Ummah, MAIPk. Sehubungan itu, maklumat lokasi setiap masjid dapat dikemaskini mengikut daerah pentadbiran agama Islam.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.