Bengkel Kelas Pemahaman Pengurusan Aset Alih diteruskan

Ipoh, 7 Disember 2015 - Bagi memastikan semua pengkhidmat MAIPk dapat menguasai kerja-kerja yang melibatkan pengurusan aset alih dan pengurusan stor, bengkel kelas pemahaman diteruskan. Ianya bagi memastikan setiap pengkhidmat MAIPk mendapat peluang bagi mengikuti bengkel tersebut. Unit Latihan, MAIPk telah mengambil inisiatif dengan mengadakan bengkel tersebut secara berterusan bagi memberikan peluang kepada semua pengkhidmat MAIPk dapat mengikutinya. Kali ini bengkel tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, KIDR. Objektif bengkel bagi memantapkan pemahaman untuk kerja-kerja yang melibatkan pengurusan aset alih dan pengurusan stor. Peserta bengkel terdiri daripada pekhidmat MAIPk dari pelbagai bahagian dan unit dari Ibu pejabat dan Daerah. Sesi bengkel telah disampaikan oleh Cik Nor Najihah binti Munon, Penolong Pengurus, Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAIPk. Semoga bengkel yang diadakan dapat memberikan output yang terbaik dalam memastikan setiap pengkhidmat MAIPk dapat menguasai sepenuhnya tugas-tugas pengurusan aset alih dan pengurusan stor. Ianya menjadi elemen yang penting dalam mencapai sasaran dan KPI yang ditetapkan.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.