Jemputan Taklimat Zakat di KPTM

Ipoh 15 Mac 2016 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPk) telah dijemput supaya memberi taklimat zakat bertempat di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Taklimat ini melibatkan seramai 22 orang pegawai dan kakitangan KPTM. Pengurus Kanan Unit Dakwah dan Operasi MAIPk, Encik Ahmad Nazim Bin Md. Tajuri telah menyampaikan taklimat tersebut. Para hadirin didedahkan mengenai kaedah taksiran zakat harta terutamanya zakat pendapatan. Di akhir taklimat, pegawai dan kakitangan KPTM telah diberi kesempatan untuk mendaftar terus bagi membuat pembayaran zakat melalui potongan gaji. Semoga dengan perkongsian taklimat zakat akan memberikan kesedaran yang berguna serta mendapat keberkatan dalam menunaikan zakat.




Dalam usaha memberi maklumat mengenai zakat kepada masyarakat di negeri Perak, pihak MAIPk mengalu-alukan sebarang agensi kerajaan atau swasta untuk menjemput pihak Unit Dakwah dan Operasi MAIPk dalam menyampaikan taklimat zakat dengan lebih terperinci. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi MAIPk di talian 05-208 4000faks 05-241 4257 dan melalui surat menyurat Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh,Perak.
Segala persoalan dan kemusykilan boleh berhubung dengan kakitangan MAIPk. Info mengenai zakat juga boleh diperolehi dari laman web serta facebook MAIPk.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.