Forum Bicara Zakat MAIPk Tentang Keberkatan Menunai Zakat

Gerik 24 Mac 2016 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bahagian Daerah Gerik telah menganjurkan Program Dakwah dan Bicara Santai Zakat yang berlangsung selepas solat Isyak di perkarangan Masjid Jamek Daerah Gerik. Forum yang bertajuk ...Walaupun Berat Tapi Berkat... ini disampaikan oleh tiga panel hebat iaitu Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek (personaliti TV9), Ustaz Muhd Ibrahim (Ustaz Mat Cina) serta Mr Os yang juga merupakan Duta Zakat MAIPk. Forum ini membicarakan mengenai keberkatan dalam menunaikan zakat di mana ahli panel menceritakan melalui zakat yang ditunaikan merupakan salah satu jalan demi mendapat keberkatan dalam kehidupan dan hanya orang yang memperolehi keberkatan itu sahaja yang merasai nikmatnya. Selain itu,dalam forum ini para panel juga turut menyentuh azab yang bakal akan diterima jika seseorang lalai menunaikan zakat. Di program yang sama, pihak Unit Dakwah dan Operasi Zakat MAIPk juga menyediakan Kaunter Zakat Bergerak. Kaunter ini menyediakan perkhidmatan seperti menaksir, membayar dan menyemak zakat.Turut hadir, Pegawai Baitulmal Daerah Gerik Encik Amirudin Bin Osman, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan MAIPk, Encik Rohizan Bin Haji Omar serta Pengurus Kanan Unit Dakwah dan Operasi Zakat MAIPk ,Encik Ahmad Nazim Bin Md. Tajuri.














.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.