Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)

Ipoh 07 April 2016 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu majlis pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan(WPAR) di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Penubuhan Waqaf Perak Ar-Ridzuan ini bertujuan menjadi saluran sah bagi individu serta mana-mana organisasi untuk berwakaf melalui dana wakaf yang diiktiraf oleh MAIPk. Terdapat empat bidang utamaWPAR iaitu keagamaan, ekonomi, kesihatan dan pendidikan.Sumbangan menerusi WPAR akan melibatkan projek dan program seperti wakaf pembangunan asrama pelajar di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) Kuala Kangsar, wakaf pembangunan dan perkembangan ilmu Al-Quran di Negeri Perak Darul Ridzuan , wakaf bagi pembinaan pusat Haemodialisis wakaf , wakaf Pembinaan Waqaf Business Centre (WBC), wakaf program MUMTAZ, wakaf bot,dan wakaf tunai.
Dalam majlis ini sejumlah RM 10.8 juta berjaya dikumpul menerusi sumbangan pewakaf melalui kaedah WPAR. Sumbangan ini terdiri daripada Maybank Islamic RM 10 juta, Perbadanan Menteri Besar Perak RM 100 ribu, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak RM100 ribu, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak RM 100 ribu, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak RM 100 ribu, Lembaga Air Perak RM 100 ribu, Tuan Hj Yahya bin Toot (persendirian) RM 300 ribu, UDA Land North Sdn.Bhd RM 20 ribu dan Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak RM 19 ribu.Majlis ini dihadiri oleh Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Dato Dr.Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr Amiruddin bin Muhamed serta kakitangan-kakitangan MAIPk .






Baca seterusnya............
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.