• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Program Ziarah Mahabbah Saudara Kita Perkampungan Orang Asli Pos Kemar, Gerik

Program Ziarah Mahabbah Saudara Kita Perkampungan Orang Asli Pos Kemar, Gerik

7 APRIL 2016 (Jumaat) Bagi menterjemahkan dan memperkasakan keprihatinan MAIPk terhadap komuniti orang asli, MAIPk telah mengadakan program ziarah mahabbah saudara kita di Perkampungan Orang Asli, Pos Kemar, Gerik. Program yang telah berlangsung selama 2 hari, 1 malam tersebut telah diketuai oleh Dr.. Amiruddin bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Program tersebut turut disertai oleh JAIPk, Mubaligh Islam, Penggerak Masyarakat, JAKOA Gerik serta wakil media dari RTM dan Akhbar Sinar Harian. Para peserta telah berkumpul di Jeti Trojan, Tasek Banding yang terletak kira-kira 20 KM daripada pekan Gerik. Seterusnya peserta telah menaiki bot menuju ke Pos Kemar. Perjalanan menaiki bot mengambil masa selama satu jam ke Pos Kemar. Antara program-program yang diadakan adalah seperti berikut :-

1 Penyampaian bot kepada mubaligh
Para peserta telah disambut dengan meriah semasa tiba di Jeti Pos Kemar. Seterusnya Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk telah menyerahkan sumbangan bot daripada MAIPk kepada mubaligh bagi kegunaan pengangkutan. Seterusnya para peserta telah bergerak ke Surau Pos Kemar untuk berehat dan menikmati jamuan ringan.
2- Majlis Pernikahan Pasangan Orang Asli
Pada sebelah malam selepas solat Isyak telah diadakan majlis pernikahan lapan pasangan orang asli di surau tersebut. Dr. Amiruddin bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk telah diberi penghormatan menikahkan salah satu daripada pasangan orang asli tersebut. Majlis tersebut juga turut mendapat liputan daripada RTM dan Akhbar Sinar Harian. Seterusnya para peserta dan hadirin dijamu dengan makan malam yang disediakan oleh Unit Dakwah, JAIPk. Selepas menikmati jamuan makan malam, hadirin telah disajikan dengan pertunjukkan wayang pacak.
8 APRIL 2016 (Sabtu)
3 Ziarah ke penempatan orang asli
Rumah 1 Terletak di Kg Pendras, Pos Kemar. Para peserta telah dibawa melawat ke rumah adik Affendi Belum. Berumur 11 tahun dan mengidap kecacatan kaki. Bantuan dalam bentuk keperluan harian seperti beras dan keperluan dapur telah diserahkan kepada keluarga beliau.
Rumah 2 Rumah Abung binti Panjang berumur 75 tahun dan terletak di Kg Banun, Pos Kemar. Mengidap penyakit rabun mata yang serius. Tinggal dengan anak saudara beliau. Bantuan dalam bentuk keperluan harian seperti beras dan keperluan dapur telah diserahkan kepada beliau.
Rumah 3 Bernama Abri bin Selumbang, berumur 68 tahun tinggal di Kg Bal, Pos Kemar. Menghadapi masalah penglihatan semenjak empat tahun yang lepas.. Bantuan dalam bentuk keperluan harian seperti beras dan keperluan dapur telah diserahkan kepada beliau.
Rumah 4 Seterusnya para peserta telah menuju ke Kg Chuwah, Pos Kemar bagi melawat ke rumah Alug bin Hassoj. Beliau berumur 70 tahun dan menghadapi masalah penyakit gout. Bantuan dalam bentuk keperluan harian seperti beras dan keperluan dapur telah diserahkan kepada beliau.
Semoga program lawatan yang dijalankan tersebut mampu memberikan kesan yang positif kepada komuniti orang asli Pos Kemar. Menunjukkan bahawa keprihatinan MAIPk terhadap mereka tetap diteruskan walaupun tinggal jauh di kawasan pedalaman.
4 Sukan Rakyat
Satu sukan rakyat yang melibatkan komuniti orang asli Pos Kemar telah diadakan .Acara tersebut telah mendapat penyertaan yang ramai daripada komuniti orang asli Pos Kemar walaupun telah berlangsung di bawah panas matahari yang terik. Ustaz Saiful Azizi bin Abd Manap selaku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam acara yang terlibat.

5 Pemasangan Papan Tanda
Semasa program tersebut telah diselitkan juga majlis pemasangan papan tanda Surau Diri Jumaat, Pos Kemar dan Tanah Perkuburan Kg Bal dan Kg Akai, Pos Kemar. Papan tanda tersebut adalah sumbangan daripada MAIPk.

Program mahabbah tersebut berakhir selepas solat zuhur dan peserta menikmati jamuan makan tengahari. Seterusnya para peserta telah bertolak ke Jeti Pos Kemar untuk menaiki bot menuju ke Jeti Trojan, Tasik Banding dan pulang semula ke Ipoh.



































.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.