Menziarahi muallaf yang telah kehilangan ahli keluarga

Ipoh 13 April 2016 - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk bersama Ustaz Hafiz Ng Abdullah daripada Bahagian Dakwah JAIPk serta Ketua Kampung Tuan Haji Mohd Tahir Taman Pakatan Jaya telah menziarahi ke rumah seorang muallaf yang bernama Mariam binti Abdullah. Suaminya telah meninggal pada bulan Januari yang lalu. Ziarah ini bertujuan untuk memantau dan menyelami permasalahan yang ada pada keluarga ini. Alhamdulilah, segala perbelanjaan makan minum keluarga ini dalam keadaan baik dan keluarga arwah suami banyak membantu mereka.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.