MAIPk memberi bantuan kewangan kepada ibu tunggal

Ipoh 13 April 2016 - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk melawat seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak di Taman Pakatan. Pemohon bernama Hamidah binti Pakir Mohamad, 43 tahun baru sahaja berhenti kerja di kedai makan kerana anak-anaknya disyaki dijangkiti demam denggi. Suami beliau sudah tidak lagi memberi nafkah kepada pemohon serta anak-anaknya hampir 11 tahun dan menyebabkan beliau hilang tempat bergantung. Seorang anak perempuannya kini tidak bersekolah kerana masalah kewangan. Justeru, pihak Skuad Prihatin Asnaf (MAIPk) telah menyerahkan borang bantuan zakat untuk dilengkapkan dan seterusnya menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM200.00 bagi meringankan sementara beban beliau sekeluarga.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.