Bengkel dan Audit Amil Harta

Ipoh 14 April 2016 Unit Dakwah dan Operasi MAIPk telah menganjurkan Bengkel dan Audit Amil Harta bertempat di Tingkat 2 Kompleks Islam Darul Ridzuan.Bengkel ini dihadiri seramai 34 peserta yang terdiri daripada pegawai amil-amil harta di sekitar daerah Ipoh. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyelaraskan cara pengiraan zakat harta, mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh para amil dan seterusnya ianya dapat membantu para amil ini dalam penambahbaikan dalam kutipan zakat semasa. Bengkel ini dikelolai oleh Ustaz Mohd Latiff Bin Talib Pengurus Unit Dakwah Operasi MAIPk , Encik Yussof Bin Samsuri Juru Audit Dalaman MAIPk , dan Mohd Ariffullah Bin Mashudi Penolong Pengurus Unit Dakwah dan Operasi Zakat MAIPk.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.