• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Ceramah Perdana "Harta Dunia, Akhirat Bahagia" di Masjid Jamek Taman Desa Bakti, Teluk Intan

Petikan Titah Sultan semasa Sidang DUN

PETIKAN TITAH DI RAJA
DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
IBNI
ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
AL-MAGHFUR-LAH
PADA
PERASMIAN
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
KETIGA BELAS
TARIKH:
4 REJAB 1437 / 12 APRIL 2016 (SELASA)

33. Pewujudan Enakmen Wakaf (Perak) ini telah membuka dimensi baru dalam pentadbiran wakaf di Negeri Perak. Melalui enakmen ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak mempunyai kuasa yang lebih jelas mentadbirurus harta wakaf serta boleh pula merangka pelbagai instrumen wakaf bagi tujuan pembangunan sosioekonomi ummah. Dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan yang telah dilancarkan memberikan ruang baru untuk ummah melakukan amal jariah.

37. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyediakan biasiswa pelajaran di bawah Asnaf Fisabilillah untuk pelajar-pelajar mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara. Pada tahun 2015 lapan ratus tiga puluh tujuh (837) pelajar telah diberikan biasiswa melibatkan perbelanjaan tujuh perpuluhan lima juta (7,508,600)
ringgit, sementara empat perpuluhan dua juta (4,198,940) ringgit telah diberikan kepada seribu seratus enam puluh empat (1,164) pelajar yang mengikuti pengajian di dalam negeri.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.