• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk menziarahi orang kurang upaya untuk bantuan baik pulih rumah

MAIPk menziarahi orang kurang upaya untuk bantuan baik pulih rumah

Lahat, 21 April 2016 - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk telah menziarahi sebuah rumah di Jalan Mat Tahir, Kg. Changkat Larang Lahat, Perak bersama Ketua Kampung iaitu Encik Abdul Latif bin Lin. Encik Abdul Sukor bin Din, 53 tahun merupakan seorang orang kurang upaya (OKU fizikal) yang mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Encik Abdul Sukor mengambil upah mesin rumput dan membuat kerja-kerja kampung lain seperti penggali tanah perkuburan. Pendapatan yang diperolehi sebulan adalah sekitar RM600 (tidak menentu). Isteri beliau tidak bekerja dan menghidap kanser kalenjar (beguk).

Lawatan dibuat bertujuan melihat keadaan pemohon sekeluarga dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai keperluan bantuan yang diperlukan oleh pemohon. Pemohon menyatakan hanya mahu bantuan baikpulih rumah di bahagian dapur kerana di bahagian tersebut sudah condong. Permohonan ini akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan akan dipanjangkan ke mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Tertinggi untuk tindakan selanjutnya.







.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.