Kaunter MAIPk di Minggu Saham Amanah Malaysia 2016

Tapah 20-28 April 2016 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Unit Dakwah dan Operasi Zakat, serta kerjasama daripada bahagian daerah MAIPK Tapah dan Slim River telah membuka kaunter zakat dan wakaf di Stadium Mini ,Tapah. Pembukaan kaunter ini bersempena dengan Minggu Saham Amanah Malaysia 2016.

Pihak MAIPk sentiasa mencari peluang untuk membuka kaunter ini khususnya melibatkan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Kaunter zakat dan wakaf MAIPk dibuka daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Sepanjang lapan hari membuka kaunter di sini, pihak MAIPk mendapat reaksi yang sangat menggalakkan daripada pengunjung yang hadir ke kaunter MAIPk.

Kebanyakkan yang hadir ingin mengetahui mengenai pengiraan zakat pendapatan, zakat perniagaan dan wakaf tunai. Selain itu, terdapat pengunjung yang hadir terdiri daripada penjawat awam dan swasta yang berminat untuk membayar zakat melalui potongan gaji dan mereka ini telah mengisi permohonan mereka di kaunter MAIPk. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh MAIPk sepanjang Minggu Amanah Saham Malaysia ini ialah termasuklah pembayaran zakat, permohonan bantuan zakat, pertanyaan, taksiran zakat dan khidmat nasihat.

Turut hadir ke kaunter MAIPk ialah Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Pengurus Kanan Unit Dakwah dan Operasi Zakat Encik Ahmad Nazim Bin Md.Tajuri, Pegawai Baitulmal Daerah Tapah, Encik Hamdi Bin Othman, dan Pegawai Baitulmal Daerah Slim River Encik Dzulbazli Bin Mahamd Ali.


















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.