Seminar Keusahawanan Asnaf MAIPK

Ipoh 21-23 April 2016 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan seminar Keusahawanan Asnaf MAIPk 2016 di Hotel Sri Malaysia. Seramai 51 orang peserta telah mengikuti seminar ini di mana mereka akan dipilih untuk mengikuti kemahiran dan kursus insentif yang disediakan oleh pihak MAIPk. Program ini dijalankan melalui Projek Biz Pembangunan Pemerkasaan Ekonomi Asnaf yang melibatkan projek perniagaan secara kecil-kecilan. Mereka ini akan diberi bantuan modal atau peralatan daripada MAIPk dengan nilai anggaran RM 5,000.00 beserta latihan dan pemantauan selama 6 bulan daripada pihak MAIPk.

Tujuan seminar diadakan untuk memberi pendedahan dan peningkatan ilmu keusahawanan kepada golongan asnaf fakir dan miskin yang ingin ataupun yang telah menceburi bidang perniagaan. Melalui program keusahawanan ini ianya akan memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan mereka sekaligus membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pihak MAIPk memberi tunjuk ajar melalui kursus seminar ini dengan kerjasama Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI). Semua asnaf ini mempunyai mentor masing-masing bagi melatih dan membimbing mereka berhubung ilmu keusahawanan. Pada majlis ini juga Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr.Amiruddin Bin Muhamed telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama KBI yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azman Mohd Salleh.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.