Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIPK

Ipoh 04 Mei 2016 (Rabu) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIPk) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2015 bertempat di Dewan Al-Ghazali, Tingkat 2 Kompleks Islam Darul Ridzuan. Majlis APC ini diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai perkhidmatan cemerlang yang diberikan kakitangan MAIPk dalam menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,bacaan doa dan seterusnya ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr. Amiruddin Bin Muhamed. Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. Di antara kandungan ucapan Yang Dipertua MAIPk beliau menekankan dua perkara penting iaitu penghayatan dan kepimpinan yang perlu diterapkan dalam budaya kerja MAIPk. Beliau turut menyentuh betapa pentingnya daya usaha semua pekhidmat MAIPk daripada peringkat bawahan sehingga ke pihak atasan.

Dalam majlis ini, seramai 24 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 21 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji, dua orang pekhidmat MAIPk yang sudah lama berkhidmat menerima Hadiah Menunaikan Haji dan empat pekhidmat MAIPk menerima Anugerah Daya Usaha. Majlis APC telah disampaikan oleh Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr. Amiruddin Bin Muhamed. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015.





























.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.