• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Parit Buntar Tahun 2018

Majlis Penyerahan Van Wakaf MAIPk kepada Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Kampung Kenang Sungai Siput

Ipoh, 04 Mei 2016 (Rabu) â Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Majlis Penyerahan Van Wakaf di perkarangan Kompleks Islam Darul Ridzuan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Bin Muhamed. Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin telah menyempurnakan majlis penyerahan van wakaf ini dan seterusnya menyampaikan sumbangan van wakaf kepada Ustaz Haji Halimin Abdollah iaitu Pengetua Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah, Kampung Kenang Sungai Siput.

Van tersebut adalah sumbangan daripada dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan MAIPk yang telah dilancarkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 07 April 2016 yang lalu. Van sumbangan ini antaranya akan membantu pelajar-pelajar sekolah untuk memudahkan pergerakan pelajar dari kampung ke sekolah, menghantar balik semasa cuti sekolah, serta membolehkan pelajar melakukan aktiviti-aktiviti luar.

Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah ini merupakan satu-satunya sekolah agama rakyat yang dikhususkan kepada orang asli dan dibiayai sepenuhnya oleh MAIPk. Setiap tahun MAIPk memperuntukkan hampir RM1 juta bagi membiayai kos operasi dan pembelajaran pelajar-pelajar.

Turut hadir sama dalam majlis ini Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan MAIPk, Encik Rohizan Bin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Zakat MAIPk, Ustaz Bakri Bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Kewangan MAIPk, Encik Ariff Bin Appandi, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Encik Ahmad Nazim Bin Md. Tajuri, dan Pengurus Unit Operasi Bahagian Hartanah dan Pelaburan MAIPk, Encik Mior Khairul Anas Bin Razali.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.