MAIPk Beri Bantuan Kerusi Roda

Kg Kepayang, 9 Mei 2016 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak telah meluluskan permohonan bantuan perubatan iaitu kerusi roda jenis Aluminium DAF Wheelchair Model : KY908LAX berharga RM750.00 kepada Encik Abdul Jalil bin Mohd Sharif, 65 tahun sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak.

Pemohon juga sebenarnya merupakan penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk. Pemohon telah menghidap penyakit lumpuh separuh badan dan menyebabkan tidak lagi berupaya untuk bergerak seperti biasa. Dengan bantuan kerusi roda ini, mudah-mudahan memberi keselesaan kepada beliau untuk bergerak dalam urusan seharian.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.