MAIPk Beri Sumbangan Zakat Kepada Ibu Tunggal

Medan Klebang Restu, 11 Mei 2016 - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk hari ini menziarahi sebuah keluarga disini.

Pemohon bernama Puan Juma'ayah binti Sulaiman seorang ibu tunggal berumur 45 tahun dan mempunyai 5 orang anak dimana 4 orang masih bersekolah. Manakala seorang anak lelakinya berumur 17 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan sedang cuti sakit akibat kemalangan jalan raya minggu lepas.

Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk telah menyampaikan sumbangan zakat bagi meringankan beban pemohon sekeluarga.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.