Taklimat Pelaksanaan Zakat Perniagaan

Kuala Kangsar, 11 Mei 2016 Satu taklimat berkaitan dengan Pelaksaan Zakat Perniagaan telah disampaikan kepada semua peniaga di RnR Bukit Gantang dan RnR Sungai Perak bagi mendapat pencerahan tentang Kaedah Pelaksanaan Zakat Perniagaan secara tepat dan betul. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Encik Ahmad Nazim bin Md Tajuri. Semoga dengan kefahaman tersebut, menjadikan mereka lebih memahami kewajipan berzakat dan menimbulkan keikhlasan untuk melakukan ibadah yang mulia ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semasa kita melakukan ibadah kepada Allah swt, tentu kita ingin agar amal yang kita kerjakan diterima oleh-Nya. Kita tidak ingin segala amal yang kita kerjakan sia-sia kerana tidak mendapat redha dari-Nya.

Maka harus ada 2 hal yang mesti dipenuhi dalam melakukan amal tersebut, iaitu;

1. Ibadah tersebut dikerjakan secara ikhlas, dan
2. Ibadah tersebut sesuai dengan tuntunan syariat Islam.

Kedua hal ini tidak boleh dipisahkan atau kurang satu dari keduanya. Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah menafsirkan makna yang terbaik amalnya adalah yang paling ikhlas dan paling benar'.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.