Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Wakaf Kepada Masjid Al-Aqsa dan Masjid Al-Hidayah

Ayer Tawar, 6 Mei Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu majlis penyerahan cek dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada Masjid Al-Aqsa Kampung Sungai Ramai dan Masjid Al-Hidayah,Seri Manjung. Majlis ini dimulakan dengan sesi tazkirah mengenai wakaf dan dana WPAR yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Unit Pembangunan Ummah MAIPk, Ustaz Mohammed Tasyreef bin Mohamad Tarmizi. Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr. Amiruddin bin Muhamed dan seterusnya menyempurnakan majlis penyerahan cek berjumlah RM 100 ribu kepada Masjid Al-Aqsa dan RM20 ribu kepada Masjid Al-Hidayah. Majlis yang bermakna ini turut dihadiri Pengurus Unit Pembangunan Ummah MAIPk Encik Zul Azri bin Hosaini, pegawai-pegawai MAIPk dan ahli jemaah masjid.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.