MAIPk Terima Cek Zakat Perniagaan TNB dan TM

IPOH 18 MEI 2016 Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia(TM) telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat ,5 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Di dalam majlis ini pihak TNB yang diwakili oleh Pengurus Besar TNB Negeri Perak, YBhg.Dato Haji Mohd Zahir Bin Md. Nagor telah menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2015 berjumlah RM 7,479,514.72 manakala TM menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2015 berjumlah RM 179,130.00 telah diwakili oleh Pengurus Besar TM Negeri Perak. Kedua-dua cek zakat ini telah diserahkan kepada YABhg. Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan yang mewakili pihak MAIPk.
Di majlis yang sama pihak MAIPk yang diwakili Tan Sri Dato Seri (Dr.) Haji Harussani telah memberi sumbangan RM 100,000.00 daripada dana Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) kepada pihak Masjid Taman Jati, Ustaz Ahmad Dzohiri bin Abdul Samad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Jati.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr. Amiruddin bin Muhamed, Timbalan Ketua Eksekutif Pengurusan MAIPk Tuan Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan MAIPk Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari serta pegawai-pegawai MAIPk.
Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan ini organisasi dan perniagaan terus berkembang maju. Nasib golongan asnaf akan terus terbela dan kita semua di berkati oleh Allah S.W.T.













.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.