MAIPk Bantu Pesara Swasta

Kampung Ulu Chepor, 19 Mei 2016 - Pada hari ini, Skuad Prihatin Asnaf MAIPk telah menziarahi dan menyantuni sebuah keluarga yang dikhabarkan atap rumah rosak akibat daripada musibah pokok tumbang setelah hujan ribut baru-baru ini.

Tuan Haji Mohd Idris bin Zainudin, 69 tahun merupakan seorang pesara swasta, sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak. Dahulunya beliau adalah seorang imam di Masjid Kampung Ulu Chepor. Namun, kini akibat daripada keuzurannya iaitu masalah saraf dari bahagian lutut hingga ke tapak kaki, Tuan Haji Mohd Idris tidak lagi berupaya menjadi imam kerana pergerakannya yang terbatas walaupun terdapat jemaah yang berkehendakkan beliau meneruskan tugas di masjid berkenaan. Justeru, pihak MAIPk telah menyumbangkan sejumlah wang bagi membantu meringankan beban Tuan Haji Mohd Idris sekeluarga.
Pihak MAIPk mendoakan semoga kesihatan Tuan Haji Mohd Idris bertambah baik dan beransur pulih.





.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.