MAIPk Ziarah Pesakit Saraf

Ipoh, 20 Mei 2016 - Alhamdulillah, sekali lagi Skuad Prihatin Asnaf dengan tag line, "Kami Memahami" telah pergi menziarahi dan menyantuni Puan Rokiah binti Thalimon yang kini sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Difahamkan, Puan Rokiah mengalami penyakit saraf akibat daripada demam panas yang dihadapinya. Doktor yang merawat beliau memaklumkan bahawa potensi untuk Puan Rokiah bertahan hanya 50/50%. Suami beliau, Encik Rosman bin Ismail hanya berniaga kecil-kecilan iaitu nasi lemak di hadapan kilang. Pasangan ini masih mempunyai 2 orang anak yang masing-masing masih belajar di Universiti Malaysia Kelantan dan Kolej Matrikulasi Gambang, Pahang. Sementelah ziarah dibuat, Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk telah menyumbangkan sejumlah wang zakat bagi meringankan beban keluarga ini yang telahpun terputus bekalan.

Kami "Skuad Prihatin Asnaf" mendoakan semoga Puan Rokiah untuk terus kuat dan bertahan untuk melawan penyakit yang dihadapi. Semoga ganjaran yang baik menanti keluarga ini.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.