Majlis Penyampaian Bantuan Modal Usahawan Asnaf (Mentor-Mentee)

Ipoh, 23 Mei 2016 - Satu Program Penyerahan Bantuan Modal berjumlah RM 200,000.00 kepada para peserta Program Mentor-Mentee di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf telah berlangsung di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam, Ipoh Perak iaitu kerjasama diantara MAIPk dan Koperasi Belia Islam (KBI). Setiap peserta akan menerima Bantuan Modal Pusingan sebanyak RM 500.00 dan peralatan perniagaan dalam anggaran RM 4,500.00 seorang.

Seramai 40 orang peserta yang berpotensi telah dipilih dalam majlis ini. Mereka ini telahpun mengikuti Seminar Keusahawanan Asnaf 2016 yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia pada 21 April - 23 April 2016 yang melibatkan seramai 51 orang peserta. Mereka ini juga telah mengikuti Kursus Kemahiran Intensif di Pusat Latihan Masakan Koperasi Belia Islam, Nilai 3, Negeri sembilan yang melibatkan seramai 30 orang bagi Kursus Pemprosesan Makanan dan di Bandar Baru Bangi seramai 10 orang yang bagi Kursus SPA.

Pihak MAIPk dan KBI akan memberi latihan, tunjuk ajar serta pemantauan secara berkala selama 6 bulan dalam memastikan para peserta menjadi komuniti usahawan yang produktif dan kolabratif. Selain itu, ia dapat memberi nilai tambah kepada produk para peserta untuk melestarian perniagaan mereka supaya menjadi lebih mantap dan berja

Sama-sama kita doakan semoga perniagaan para usahawan ini berjalan lancar dan berjaya seterusnya dapat memberi sumbangan kembali kepada ummah melalui zakat.

























.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.