Program Motivasi Anjuran MAIPk

Ipoh, 25 Mei 2016 - Telah selesai program motivasi "Menggapai Impian 6A", anjuran Maipk dan PIBG SK Kuala Pari Ipoh dengan kerjasama Ustaz Zhofran Zainuddin.

Modul peningkatan jati diri, pemantapan sahsiah dan kaedah untuk fokus menghadapi UPSR dijalankan dan disertai oleh 43 orang murid tahun 6 sekolah berkenaan.

Aktiviti ini juga merupakan salah satu bantuan disalurkan bukan sahaja dari sudut material, malah turut melibatkan bantuan secara holistik.
Semoga program motivasi ini dapat membantu para pelajar untuk lebih memantapkan diri dan meningkatkan semangat motivasi yang akan menghadapi UPSR tahun ini.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.