• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Biasiswa Pelajaran Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Bagi Tahun 2019

Program Induksi Pelajar Tajaan MAIPk ke Luar Negara Tahun 2016

Ipoh, 28 Mei 2016 - Berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Program Induksi Pelajar Tajaan MAIPk ke Luar Negara Tahun 2016. Sebagai makluman, majlis ini telah pun dijalankan selama 2 hari bermula pada 27 hingga 28 Mei 2016.

Majlis tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh Y.Brs Dr. Amiruddin bin Muhamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Turut hadir bersama-sama iaitu Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Ustaz Bakri bin Lee dan Pengurus Unit Pembangunan Asnaf, Ustaz Ahamad Muzammil bin Arbain.

Seramai 66 orang pelajar bakal menerima tajaan MAIPk dengan pecahan 57 orang ke Mesir, 8 orang ke Jordan dan 1 orang ke Morocco. Pelajar ini akan di taja sepenuhnya dari segi penerbangan, markaz bahasa serta pengajian mereka di sana. Untuk pengetahuan, pelajar akan menerima RM 3,500.00 untuk mengikuti Markaz Bahasa dan RM 6,500.00 setahun setelah memasuki kuliah.

Mereka yang terpilih ini adalah pelajar yang dapat memenuhi syarat kelayakan MAIPk yang berasaskan kecemerlangan akademik.

MAIPk juga turut meraikan seramai 68 orang pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat kelayakan MAIPk di mana mereka ini akan dibiayai separuh penerbangan dan bantuan sebanyak RM 3,500.00 setiap tahun dan berpeluang untuk menjadi pelajar tajaan sekiranya mendapat keputusan yang memberangsangkan sepanjang tempoh pengajian.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan kepada MAIPK dapat membantu para pelajar ini untuk menimba ilmu Allah SWT dengan sebaik mungkin. Pihak MAIPk mendoakan semoga pelajar-pelajar ini istiqomah dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu Allah.













.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.