• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Majlis Penyerahan Bantuan Asnaf Daerah Hilir Perak

TELUK INTAN, 26 Mei 2016 Bertempat di Hotel Angsoka, Teluk Intan telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Asnaf bagi Daerah Hilir Perak. Majlis tersebut juga bertujuan merapatkan silaturrahim antara penerima bantuan dan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Majlis telah dimulai dengan Taklimat Zakat (Kutipan dan Agihan Zakat) yang disampaikan oleh Ustaz Latif bin Talib. Majlis diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Muaz bin Mahfuzillah. Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Dr. Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Puan Ramdhatun Ajma binti Jemail, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) wakil daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak. Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak telah diwakili oleh Encik Osmera bin Jalani.

Di antara bantuan-bantuan yang disampaikan ialah Bantuan Persekolahan berjumlah RM79,300.00, Bantuan Pembiayaan Dialisis berjumlah RM2, 635,025.00, Bantuan Bina Rumah (Jenis A) berjumlah RM271,000.00, Bantuan Bina Rumah Jenis B berjumlah RM240,000.00, Baik Pulih Rumah berjumlah RM75,000.00, Bantuan Modal berjumlah RM77,240.00 dan Bantuan Am Pelajaran berjumlah RM81,100.00.

Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan beban para asnaf seterusnya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.




























.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.