Majlis Penyerahan Cek Zakat berjumlah RM4.7 juta

Kuala Kangsar Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 9 Jun 2016 bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan dan tanaman daripada 8 syarikat dan koperasi yang berjumlah RM 4,707,668.41.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang diwakili oleh YB Dato Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menyerahkan zakat sebanyak RM1,475,766.00. Felcra Berhad Wilayah Perak yang diwakili oleh YBhg. Dato Haji Ramlee bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif menyerahkan zakat sebanyak RM2,084,388.16. YM Dato Seri Dr. Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar mewakili Pertubuhan Peladang Negeri Perak pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM538,115.23 dan sebanyak RM235,573.72 pula terima daripada Koperasi Peserta Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak yang diwakili oleh Pengerusi, Encik Zolkepli bin Samuri.

Koperasi Permodalan Felda Berhad yang diwakili oleh Encik Mohammed Sunaini bin Yusop selaku Pengurus Besar Kanan telah menyerahkan zakat sebanyak RM135,000.00. Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM120,091.27 yang diwakili oleh Naib Presiden, YBrs. Prof. Madya Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Gajah pula menyerahkan zakat sebanyak RM60,268.41 yang diwakili oleh pengerusi, Encik Nordin Bin Mat Isa. Manakala sebanyak RM58,465.62 pula diterima daripada Koperasi Guru Guru Melayu Kuala Kangsar dan Hulu Perak yang diwakili oleh En. Mohd Jamaai Bin Ahmad.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAPK), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin













.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.