MAIPk Beri Bantuan Katil Khas

Lambor Kanan, 17 Jun 2016 - Bagi keluarga ini, tahun 2014 dan 2015 penuh dengan cabaran. Terpalit dengan musibah banjir besar, akhirnya ketua isi rumah jatuh sakit berpanjangan dan menghembuskan nafas terakhir pada Mac 2015. Keluarga ini terus hilang tempat bergantung dan tiada punca pendapatan yang tetap.

Puan Rosmah Shuaimi hanya mengambil upah menjahit bagi menyara 5 orang anaknya. Seorang daripada anaknya, Siti Nur Syafiqa Mahamod, 19 tahun, sakit terlantar sejak kecil. Namun agak kritikal sejak kebelakangan ini. Hanya mampu baring, bergantung pada susu khas yang diberikan melalui tiub ke hidungnya.

Wakil kami, Pegawai Baitulmal Daerah Seri Iskandar segera menyantuni keluarga ini. Memberikan katil khas dan menghulurkan bantuan bulanan secara konsisten kepada keluarganya. Sekarang keluarga ini menumpang di rumah ayahnya. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban keluarga ini.

Wang zakat ANDA telah menyelamatkan sebuah keluarga. Tidak mustahil, wang ZAKAT ANDA juga akan turut menyelamatkan ribuan nyawa.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.