• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Ceramah Perdana "Harta Dunia, Akhirat Bahagia" di Masjid Jamek Taman Desa Bakti, Teluk Intan

MAIPk Menyantuni Keluarga Asnaf di Kuala Dipang

Kuala Dipang, 22 Jun 2016 - Skuad Prihatin Asnaf Maipk menerima makluman berkenaan keadaan sebuah keluarga yang kini menetap di sebuah rumah kontena berhampiran Kg Chabang 2, Jeram, Kuala Dipang.

MAIPk yang diwakili oleh Pegawai Baitulmal Daerah Kampar, Encik Noraizad Bin Rosli bergegas ke lokasi kediaman berkenaan yang didiami oleh Encik Ahmad Nizam Bin Jamaluddin dan Puan Zainab Binti Mohd Yusof bersama 2 orang anak serta 4 orang cucu bagi meninjau serta menyantuni keluarga terbabit.

Skuad Prihatin Asnaf MAIPk turut menyampaikan bantuan keperluan barangan dapur serta perbelanjaan tunai bagi meringankan beban keluarga berkenaan. Juga, pada masa yang sama pihak MAIPk akan cuba membantu keluarga ini dengan bantuan yang sewajarnya seperti Bantuan Sewa Rumah, agar keluarga ini dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa, In Shaa Allah.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.