SPA MAIPk Menyantuni Asnaf Di Taman Sri Rapat

Ipoh, 28 Jun 2016 - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk mendapat makluman berkaitan sebuah keluarga yang serba kekurangan dan memerlukan bantuan.
Saudara Mohd Sham Bin Abdullah, sebelum ini merupakan seorang peniaga ayam secara kecil-kecilan kini tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa disebabkan faktor kesihatan iaitu masalah jantung.

Tinggal bersama isteri, Puan Sarinah Binti Taj Mohd serta 5 orang anak (Sekolah Rendah & Bayi) dalam keadaan rumah yang serba kekurangan, dan perbelanjaan keluarga yang terbatas disebabkan sudah beberapa bulan tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga.

SPA Maipk berkesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga ini, bagi meringankan beban yang dihadapi.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.