Program Jejak Asnaf Diteruskan

Tambun, 29 Jun 2016 - Pada hari ini Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk yang diketuai oleh AF Ustaz Ahamad Muzammil Arbain telah pergi menjejaki asnaf di sekitar Desa Tambun, Kg Masjid Tambun dan Taman Malar.

Lawatan dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Ketua Kampung dan pemimpin setempat. Semasa sesi ziarah ini pihak kami telah menyerahkan borang permohonan yang berkaitan mengikut keperluan pemohon untuk dilengkapkan bagi tindakan kami selanjutnya dan seterusnya menyampaikan sumbangan zakat.

Sesungguhnya, biarpun Pusat Zakat Perak ditohmah pelbagai isu. Namun kami tetap akan melaksanakan amanah pembayar-pembayar zakat untuk mengagihkan wang zakat kepada asnaf yang layak.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.