Pengagihan Dana Bantuan Hari Raya 2016 Meningkat 15%

Pada tahun ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengagihkan sebanyak RM 4,995,600.00 di bawah Skim Bantuan Hari Raya yang melibatkan asnaf FAKIR, MISKIN, MUALLAF dan ANAK YATIM (miskin).

Jumlah ini diagihkan kepada 24,978 ORANG PENERIMA meliputi agihan melalui akaun, tunai, Jawatankuasa Zakat Fitrah Masjid dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Jumlah agihan ini menunjukkan peningkatan 15% berbanding agihan tahun lepas iaitu sebanyak RM 4,340,700.00 (2015).

Penyerahan Bantuan Hari Raya telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah di lima buah daerah iaitu daerah Kampar, Muallim, Manjung, Batang Padang dan Kinta.

Bagaimana kami mampu memberi bantuan sebanyak ini, melainkan duit zakat ANDA jualah yang kami gunakan. Kumpulkan dana zakat dlm SATU TABUNG, SANTUNI ASNAF IKUT KEPERLUANNYA.



.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.