Ziarah Asnaf 10 Hari Terakhir di Bulan Ramadhan

Kampung Tawas, 30 Jun 2016 - Pada hari ini Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk dengan kerjasama Ustaz Azmi Chai Abdullah daripada Pejabat Agama Daerah Ipoh telah pergi menziarahi beberapa rumah asnaf di sekitar Kampung Tawas dan Kg Simee.

Rumah yang diziarahi telah pun mendapat bantuan kewangan bulanan. Namun masih terdapat keperluan-keperluan lain yang telah dilihat perlu diberikan perhatian khususnya baik pulih rumah yang didiami. Pihak kami telah berusaha menasihati asnaf ini untuk mencari rumah yang lebih selesa untuk diduduki dan akan berbincang dengan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bahagian Perumahan Awam bagi memberi keutamaan asnaf yang memerlukan bantuan rumah.

















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.