• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya dan Saguhati Jawatankuasa Zakat Fitrah Masjid-Masjid dalam Daerah Kinta

Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya dan Saguhati Jawatankuasa Zakat Fitrah Masjid-Masjid dalam Daerah Kinta

IPOH, 24 Jun 2016 - Sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya dan Saguhati Jawatankuasa Zakat Fitrah Masjid-Masjid Dalam Daerah Kinta yang disempurnakan oleh Y.Brs Dr. Amiruddin bin Muhamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk).

Majlis ini telah diadakan di Dewan Al-Ghazali Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Sebelum bermulanya ucapan Tuan KPE MAIPk, majlis telah dimulakan dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Imam Muda Azri Naim dari Gopeng, Perak.

Setelah selesai ucapan amanat yang disampaikan oleh Tuan KPE MAIPk, majlis pengagihan cek bantuan telah dibuat dengan mengikut nombor giliran masjid yang didaftarkan. Seterusnya Tuan KPE MAIPk telah menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada seluruh Pengerusi Masjid yang hadir pada majlis tersebut sebagai bekalan untuk juadah berbuka puasa.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.