Program Ziarah Ramadhan 2.0

Ipoh, 20 Jun 2016 Ziarah Ramadhan 2.0 program telah dilangsungkan di beberapa lokasi di sekitar Ipoh. Ziarah melibatkan 4 buah rumah iaitu di Kampung Seri Klebang, Kampung Tengku Hussain, Taman Klebang Jaya dan Lahat bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan, Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari.

Diraikan dan berbuka bersama-sama orang tua-tua di Pusat Jagaan Warga Tua Titian Abadi (PEKITA) menimbul keinsafan dan kenangan manis yang akan terpahat selamanya. Melayan kerenah mereka, mendengar cerita mereka dan melihat sinar duka dan suka di mata mereka.
Majlis berbuka hanya berbekal cahaya lampu kereta menerbitkan perasaan suka, perasaan duka dan merasai sendiri suasana asnaf-asnaf yang hanya bercahayakan lilin, bercahayakan pelita di malam hari.

Semoga warga MAIPk terus bersemangat dan diberi kekuatan untuk berjuang membela nasib asnaf-asnaf.









.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.