• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Perasmian Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kariah Batu 4, Tambun, Sambutan Nuzul AlQuran Peringkat Negeri Perak dan Majlis Penyampaian Zakat daerah Kinta

Majlis Perasmian Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kariah Batu 4, Tambun, Sambutan Nuzul AlQuran Peringkat Negeri Perak dan Majlis Penyampaian Zakat daerah Kinta

Ipoh, 21 Jun 2016 - Majlis Perasmian Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kariah Batu 4, Tambun telah dsempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 21 Jun 2016 yang lalu. Majlis Sambutan Nuzul AlQuran Peringkat Negeri Perak turut diadakan serentak pada majlis tersebut. Sultan Nazrin yang diiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah seterusnya berkenan berbuka puasa bersama rakyat jelata.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria serta barisan exco negeri.
Baginda kemudian menunaikan solat Maghrib bersama tetamu kehormat, jemputan dan masyarakat setempat di masjid itu.

Pada majlis itu Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Perak sebanyak RM526,200 kepada penghulu yang mewakili 2,963 penduduk setempat dari lapan mukim. Lapan mukim itu ialah Lahat yang menerima sebanyak RM96,400, Sungai Raia (RM77,600), Ulu Kinta Tanjung Rambutan (RM136,6 00), Ulu Kinta Chemor (RM98,800), Ulu Kinta Ipoh (RM131,800) Sungai Terap (RM31,600), Tanjung Tualang (RM10,000) dan Tronoh (RM9,800).

Sejurus selepas itu, baginda berkenan menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih bersama tetamu kehormat, jemputan dan masyarakat setempat di masjid itu.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.