• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Kuala Kangsar Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 25 Jun 2016 bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada 12 syarikat dan agensi yang berjumlah RM 5,535,124.58.

Bank Kerjasama Muamalat Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pengerusi, YABhg. Tan Sri Dato Dr Mohd Munir Abdul Majid telah menyerahkan zakat sebanyak 167,875.67. Pharmaniaga Berhad yang diwakili oleh YABhg. Tan Sri Dato Seri Lodin Bin Wok Kamaruddin, Pengerusi menyerahkan zakat sebanyak RM100,000.00. YABhg. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi TM mewakili Telekom Malaysia Berhad pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM179,130.00 dan sebanyak RM2,027,054.00 pula diterima daripada Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan UEM Group Berhad, YBhg. Dato Izzaddin Idris.

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang diwakili oleh YB. Dato Seri Haji Saipol Bahari bin Haji Suib selaku Pengerusi telah menyerahkan zakat sebanyak RM1,182,760.06. Maybank Islamic Berhad pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM500,000.00 yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Nor Shahrizan bin Sulaiman. Bank Islam Malaysia Berhad pula menyerahkan zakat sebanyak RM257,459.58 yang diwakili oleh pengerusi, YBhg. Datuk Zamani bin Abdul Ghani. Manakala ,sebanyak RM 388,000.00 pula diterima daripada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) yang diwakili oleh Encik Mohd Najid Bin Yahya, Naib Presiden Kanan.

Etiqa Takaful Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ahmad Rizlan Azman telah menyerahkan zakat sebanyak RM 336,000.00. RHB Islamic Bank Berhad yang diwakili oleh Encik Ahmad Mukarrami Ab. Mumin, Ketua Divisyen Syariah menyerahkan zakat sebanyak RM200,000.00. Encik Akmal Bin Hassan, Pengarah Urusan Asian Islamic Investment Affin Hwang Capital mewakili Affin Hwang Capital pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM100,00.00 dan sebanyak RM96,229.00 pula diterima daripada Celcom Axiata Berhad yang diwakili oleh Pengarah Perhubungan Kerajaan, USP dan Pembangunan Vendor, Encik Saiful Bahrin Abdul Ghaffar.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAPK), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.