• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Perhimpunan Bulanan MAIPk Bil.2 2016

Ipoh,29 Jun 2016 (Rabu) - MAIPk telah mengadakan Perhimpunan Bulanan MAIPk Bil 2/2016 bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali. Bahagian Hartanah dan Pelaburan telah diberi kepercayaan oleh Pengurusan Tertinggi MAIPk sebagai pengelola dan urusetia untuk majlis perhimpunan bulanan tersebut. Perhimpunan bulanan ini melibatkan semua perkhidmat MAIPk daripada ibu pejabat serta semua cawangan daerah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan, lagu Negeri Perak, bacaan doa, bacaan ikrar, dan makluman berita-berita semasa MAIPk.

Acara utama dimulakan dengan ucapan YBrs. Dr. Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Antara intipati ucapan beliau menyatakan bahawa pentingnya semua pekhidmat MAIPk perlu ilmu dan maklumat yang secukupnya untuk menjawab persoalan dan pertanyaan daripada pihak luar. Selain itu, beliau menyarankan kepada semua pekhidmat MAIPk membantu menyebarkan aktiviti MAIPk (Like & Share) di laman sosial Facebook Zakat dan Facebook Waqaf Perak Ar-Ridzuan.

Kemudian perhimpunan bulanan ini diteruskan dengan slot Pemilihan Setiausaha MBJ yang baharu di mana Encik Zul-Azri bin Hosaini (Pengurus Unit Pembangunan Ummah) telah berjaya dipilih dengan menerima undian tertinggi daripada kakitangan MAIPk. Perhimpunan diakhiri dengan taklimat SPRM mengenai integriti pekhidmatan awam dan taklimat Jabatan Kesihatan yang bertajuk pencegahan penyakit berjangkit.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.