Asnaf - Lebaran & Persiapan

Menglembu, 29 Ramadhan 1437H - Sedikit masa yg tersisa sebelum menjelang Syawal, kami Skuad Prihatin Asnaf (SPA) menelusuri simpang-simpang taman perumahan dan kampung. Risik merisik lagi sekiranya ada asnaf-asnaf yang keciciran mendapat pembelaan sebelum tibanya Lebaran 1437H.

Disamping kesibukan kita menyiapkan segala persiapan raya, jangan kita lupa menjenguk sekiranya masih ada jiran-jiran kita yang kelaparan dan masih belum mempunyai apa-apa keperluan.

Menyediakan segala keperluan dan peralatan baru lebaran hukumnya harus dan sunnah. Namun, menyantuni jiran yang kelaparan hukumnya WAJIB. Jiran prihatin, mewujudkan masyarakat kukuh dan utuh.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.