MAIPk Rai Asnaf Sambut Lebaran

Kg Melayu Sungai Rapat, 4 Julai 2016 - SKUAD PRIHATIN ASNAF (SPA) MAIPk telah turun padang bagi menyantuni asnaf di Kg Melayu, Sg Rapat dengan menyumbangkan Bantuan Hari Raya.

Rumah ini didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai 7 orang ahli isi rumah. Pendapatan ada daripada hasilan jual kuih-muih (isteri) dan bekerja sendiri (suami).

5 orang anak-anaknya masih bersekolah dan pihak SPA MAIPk telah menyumbangkan wang tunai bagi sama-sama meraikan lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

Semoga sumbangan ini dapat membantu keluarga ini sedikit sebanyak persedian dan persiapan hari lebaran.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.