Warga Emas Bakal Terima Rumah Baru

Kuala kangsar, 4 Julai 2016 - Sebuah rumah yang didiami oleh 6 orang iaitu seorang warga emas bersama anak, menantu dan 3 orang cucu terbakar akibat litar pintas baru-baru ini. Pemohon seorang balu dan sudah berusia 72 tahun hanya mengharapkan sumbangan anak-anak iaitu seramai 6 orang untuk perbelanjaan harian beliau.

Rumah yang didiami beliau telah terbakar keseluruhannya dan tidak boleh diduduki lagi. Pihak Skuad Prihatin Asnaf telah turun melihat keadaan beliau sekeluarga dan menyerahkan sedikit wang tunai bagi menampung serba sedikit keperluan hariannya sekeluarga.

Alhamdulillah, BANTUAN BINA RUMAH telah diluluskan dan pembinaan rumah bakal dijalankan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.