Bantuan Kewangan Bulanan MAIPK Ringankan Beban Asnaf

Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk dibentuk bagi membantu asnaf-asnaf yang kekurangan pendapatan atau tidak mempunyai sumber pendapatan untuk membolehkan mereka hidup dalam keadaan yang lebih baik dan selesa.

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak membantu para asnaf yang berkelayakan dengan memperuntukkan sejumlah wang tunai dan diagihkan secara bulanan melalui dua bentuk pembayaran iaitu secara tunai ataupun bank.

Pihak MAIPk mengharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima untuk menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga dan sekaligus membolehkan mereka hidup dalam keadaaan yang lebih selesa.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.