• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Musibah Ketika Lebaran

Rumah yang menjadi tempat teduhan En. Saiful Azman bin Abdul Malek bersama 3 orang anaknya iaitu 1 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan telah terbakar. Beliau yang kini berusia 40 tahun bekerja kilang di Batu Gajah Perdana dengan pendapatan sebanyak RM 1,200.00.

Kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi pada hari raya ketiga, 8 Julai 2016 dan pihak MAIPk difahamkan kejadian adalah diakibatkan daripada litar pintas.

Kunjungan Skuad Prihatin Asnaf MAIPk bertujuan menziarahi dan menyerahkan bantuan segera kepada keluarga ini yang berjumlah RM 500.00.

Semoga sumbangan ini dapat membantu En. Saiful sekeluarga bagi menampung serba sedikit perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Semoga disebalik musibah ini ada hikmahnya serta semoga keluarga ini tabah dan kuat dalam menghadapi musibah ini. InsyaAllah. Ameen.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.