Duit Zakat Kutip Berjuta Juta... Tetapi Kenapa Masih Ramai Orang Susah?

Kemiskinan merupakan perkara yang subjektif. Ia datang dan pergi. Ibarat roda yang berputar, hari ini senang esok belum pasti. Ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang kebanyakannya tidak boleh dikawal.

Antara sebab berlakunya kemiskinan di negeri Perak ialah :

1. Ketua Keluarga Tidak Bertanggungjawab

Keadaan ini berlaku apabila ketua keluarga gagal memikul tanggungjawabnya dalam memberi nafkah, meninggalkan tanggungannya, penglibatan jenayah sehingga di penjarakan atau sebagainya.

2. Ekonomi

Faktor situasi ekonomi yang tidak menentu memainkan peranan penting di dalam peningkatan kadar kemiskinan seperti kehilangan pekerjaan, muflis, peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.

3. Kematian

Kematian ketua keluarga yang menjadi tunjang ekonomi keluarga juga akan menyebabkan sesebuah keluarga itu terjerumus kepada kemiskinan.

4. Penceraian

Keruntuhan institusi kekeluargaan juga menyebabkan sesebuah keluarga itu boleh menjadi asnaf fakir atau miskin. Bekas isteri dan anak anak menanggung beban perceraian yang berat.

5. Musibah

Musibah seperti penyakit kronik, kemalangan , kebakaran dan sebagainya akan menjerumus sesebuah keluarga itu kepada kemiskinan.

Ini adalah antara faktor mengapa kemiskinan sentiasa ada dan bertambah. Kemiskinan tidak boleh dibasmi 100% tetapi kemiskinan dapat dikurangkan.

Kitaran hidup akan terus berputar ibarat roda. Hari ini di atas esok belum pasti. Hari ini kaya esok miskin, hari ini sihat esok sakit, hari ini bahagia esok belum pasti.Yang pasti bantuan zakat akan tiba di saat anda memerlukan.

Oleh itu bersamalah kami membantu golongan asnaf. Bantulah kami salurkan maklumat mereka yang memerlukan kepada Skuad Prihatin Asnaf kami.

Moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita semua hendaknya.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.