Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri MAIPK 2016

IPOH Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 20 Julai 2016 di lot parkir bersebelahan Kompleks Islam Darul Ridzuan. Majlis jamuan yang bermula pada 10 pagi hingga 2 petang ini turut dihadiri Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed. Majlis ini dianjurkan bagi mengeratkan ukhuwah antara MAIPk dengan masyarakat bersempena dengan bulan Syawal ini.
Dalam Majlis Jamuan Hari Raya MAIPk ini turut memperkenalkan trak makanan yang merupakan projek perintis pertama berkonsepkan perniagaan makanan menggunakan trak atau food truck buat golongan asnaf fakir miskin. Pihak MAIPk akan menyediakan enam buah trak makanan untuk digunakan oleh penerima asnaf di beberapa lokasi seperti di Ipoh, Seri Iskandar, Kuala Kangsar, Taiping dan Manjung. Projek ini merupakan pendekatan baharu MAIPk bagi membantu mengeluarkan asnaf daripada belenggu kemiskinan. Pada majlis tersebut juga pihak MAIPk turut beramah mesra dan meraikan 60 kanak-kanak spastik yang merupakan antara tetamu istimewa yang diraikan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.